| PORTAL EJAWI.NET | EJAWI V3 |
Sabtu, 12 Disember 2009
Info Sains (Gerhana Bulan dan Matahari)
Daripada : Unit ICT
S K ( LKTP ) JENGKA 15
Klik Pada Senarai Untuk Lihat Paparan
- (TMK Dalam Pendidikan) Menggunakan Internet Sebagai Alat Pengajaran Dan Pembelajaran (1)
- Aktiviti Perkhemahan Tahun 2006 (1)
- Asia-Pacific Regional Course For Leader Trainers International Youth Centre (IYC) Kuala Lumpur (1)
- Belia Thailand (1)
- Bina Blok Baru. (Dalam Perlaksanaan) (1)
- CATUR (Wakil Sekolah) (1)
- Gambar Blok Tambahan sedang dalam pembinaan (1)
- Guru Besar SR Kelompok Jengka. (1)
- Guru Muzik (Cikgu Aspanizam) (1)
- Guru Tahun 6 ( Sesi 2009) (1)
- Hari Guru (1)
- Info Sains (Gerhana Bulan dan Matahari) (1)
- Khatam Al-Quran (2)
- Kisah Pokok Kelapa dan Pokok Betik berhampiran Blok B. (1)
- Lawatan Menteri Pelajaran. (1)
- LOGO Felda (1)
- Majlis Berbuka Puasa 2009 (1)
- Majlis perpisahan (1)
- MAKMAL KOMPUTER 2 (1)
- Malaysia. 19 - 25 October 2009 (1)
- MERDEKA (PENUH SEMANGAT) (1)
- Murid Tahun 6 Sesi 2009 (1)
- Panorama.... (Sebahagian) (1)
- Pembinaan Bangunan Tambahan 2 (1)
- Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) (1)
- Pengajaran dan Pembelajaran MEMBACA (1)
- PERHIMPUNAN PAGI (1)
- Peta Dalam Maran (1)
- Peta Jengka (1)
- Pokok Palma Empat Beradik (Kesian....) (1)
- Pra-sekolah (1)
- Pra-Sekolah (Aktiviti 2 - Bersama ibu / penjaga) (1)
- RANCANGAN PERSEDIAAN MENGAJAR RPM BM (1)
- RIMUP (1)
- Sistem Fail (1)
- Sukan Pra-Sekolah Peringkat Sekolah 2006 (Album Kenangan) (1)
- Sukan Pra-Sekolah Peringkat Zon Jengka 2006 (Album Kenangan) (1)
- TAKWIM ABAD (1)
- Temasya Sukan 2009 (1)
- UPSR 2009 (1)
Tarikh Pembayaran Gaji Bulanan Tahun 2012
| Bulan | Tarikh | Catatan |
| Januari | 16 Januari 2012 | Tahun Baru Cina |
| Februari | 23 Februari 2012 |
|
| Mac | 22 Mac 2012 |
|
| April | 25 April 2012 |
|
| Mei | 23 Mei 2012 | Pesta Menuai |
| Jun | 25 Jun 2012 | Hari Gawai |
| Julai | 25 Julai 2012 |
|
| Ogos | 13 Ogos 2012 | Hari Raya Puasa |
| September | 25 September 2012 |
|
| Oktober | 22 Oktober 2012 | Hari Raya Haji |
| November | 6 November 2012 | Deepavali |
| Disember | 18 Disember 2012 | Hari Krismas |
Sumber: Jadual Tarikh Pembayaran Gaji Bulanan Kakitangan Awam 2012 | melvister.com


4.20 SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.3/1981
PENGGUNAAN WAKTU TIDAK MENGAJAR WAKTU LUANG (FREE PERIODS) OLEH GURU-GURU
Guru-guru di sekolah biasanya mempunyai waktu-waktu tidak mengajar/waktu luang (free period) seperti yang ditetapkan perlu bekerja. Anggapan ini adalah salah dan perlu dibetulkan.
2. Oleh ituTuan /Puan diminta memberitahu semua Guru Besar supaya:
2.1 Mengingatkan semua guru bahawa waktu tidak mengajar/waktu luang (free periods) adalah masa bekerja.
2.2 Guru Besar boleh mengarahkan guru-guru menggunakan masa itu antara lain untuk:
2.2.1 Menggantikan guru yang tidak hadir mengajar di sesebuah darjah.
2.2.2 Membuat persediaan untuk mengajar seperti membaca buku tambahan, membuat nota mengajar, menyediakan alat-alat bantu
mengajar dan sebagainya.
2.2.3 Memeriksa buku-buku latihan murid.
2.2.4 Mengadakan pertemuan khas dengan murid bermasalah mengenai pelajaran yang diajar.
2.2.5 Penyediaan aktiviti-aktiviti gerakerja kokurikulum.
2.2.6 Lain-lain tugas yang difikirkan perlu atau diarahkan oleh Guru Besar.
Tegasnya, waktu tidak mengajar itu mestilah diisi dengan kerja-kerja yang memberi faedah kepada murid-murid, khasnya dan sekolah
amnya.
3. Harap dapat Surat Pekeliling ini disampaikan kepada semua Guru Besar Sekolah Menengah dan Rendah untuk panduan dan tindakan
mereka.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Saya yang menurut perintah,
--------------T.T.
-----------------------------------
(DATO' HJ. IDRIS BIN HJ. TAIN)
b.p. Ketua Setiausaha,
Kementerian Pelajaran Malaysia.
1. CONTOH CERAMAH (KEMPEN ANTIVANDALISME)
Hadirin sekalian.
sssssssPerhatikanlah keadaan sekeliling anda. Kemudahan awam seperti pondok telefon, pondok perhentian bas, padang permainan kanak-kanak, tandas awam, dan jalan raya disediakan untuk kegunaan kita. Namun demikian, ada di kalangan kita yang tidak mempunyai perasaan sayang akan harta benda awam. Hal ini terbukti apabila banyak harta benda awam yang dirosakkan.
sssssssPerbuatan ini dilakukan oleh para remaja yang masih di bangku sekolah. Mereka memutuskan wayar telefon, merosakkan alat-alat di padang permainan kanak-kanak, dan menconteng dinding pondok telefon, lif, bangunan, pondok perhentian bas, dan sebagainya. Ada juga yang berani menggunakan bahan letupan untuk memecahkan peti telefon awam.
Hadirin sekalian.
sssssssPerbuatan menconteng ini membuktikan kurangnya kesedaran sivik di kalangan para remaja. Sehubungan dengan itu, sasaran utama kempen ini tertumpu pada para remaja, khususnya murid-murid sekolah. Untuk menjayakan kempen ini, pihak Anggota Jawatankuasa Antivandalisme telah mengatur pelbagai kegiatan yang melibatkan para pelajar. Melalui kempen ini, para pelajar yang berkenaan diharapkan agar menyedari kesilapan dan mengubah sikap mereka. Selain itu, ibu bapa, pihak sekolah, dan para pelajar sendiri perlu juga menyemaikan perasaan sayang akan harta benda awam demi kepentingan bersama.
sssssssAkhir sekali, saya berharap agar kita saling bekerjasama dan berusaha menjadikan harta benda awam di sekeliling kita milik bersama.
sssssssSekian, terima kasih.
2. CONTOH UCAPAN PERPISAHAN (GURU BERTUKAR)
sssssssKita semua maklum, bahawa tujuan kita mengadakan majlis ini adalah untuk mengucapkan selamat berpisah kepada Cikgu Sufian yang akan bertukar ke Sabah tidak lama lagi. Kami akan kehilangan seorang guru yang dedikasiyang banyak membantu pembelajaran kami selama ini. Jangka masa lapan tahun beliau di sini amat besar ertinya. Beliau ialah seorang guru yang bertanggungjawab, gigih dan sentiasa mengambil berat akan keadaan kita semua. Beliau juga banyak berjasa kepada sekolah. Beliaulah yang mengasaskan Kelab Kerjaya dan Kelab Kebajikan sekolah ini.
sssssssOleh itu kehilangan beliau amat dirasai sebagai seorang guru yang berwibawa. Walaupun beliau akan meninggalkan kami, namun atas segala tunjuk ajar dan ilmu yang diberikan oleh beliau akan kami guna dan hargai sebagaimana yang diharapkan oleh beliau.
sssssssSegala pengorbanan dan usaha serta penat lelah beliau akan kami kenang hingga ke akhir hayat. Harapan kami semoga Cikgu Sufian akan terus mengingati kami sebagaimana kami mengingati cikgu walaupun telah mempunyai murid baru kelak.
sssssssSebelum saya mengakhiri ucapan ini, saya bagi pihak murid-murid sekolah ini ingin mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Sufian. Kami berdoa agar Cikgu Sufian sekeluarga akan sentiasa diberkati Allah selalu.
sssssssSekian, terima kasih.
PANDUAN PENGURUSAN FAIL PANITIA MATA PELAJARAN
SSS# Panduan Pengurusan Sekolah
SSS# Panduan Pengurusan Panitia
SSS# Senarai AJK
SSS# Senarai Guru Yang Mengajar dan Kelas
SSS# Perancangan Aktiviti /Tahunan/Takwim
SSS# Panggilan Mesyuarat
SSS# Perkembangan Staf
SSS# Surat Pekeliling
SSS# Surat Mesyuarat (Keluar)
SSS# MinitMesyuarat (Kurikulum & Panitia)
2. KANDUNGAN FAIL B (PENGAJARAN & PEMBELAJARAN)
SSS# Sukatan Pelajaran
SSS# Contoh Rancangan Pelajaran (Tahunan - Harian)
SSS# Jadual Waktu
SSS# Jadual Pencerapan
SSS# Rekod Semakan Buku Rekod Mengajar
SSS# Borang Pencerapan
SSS# Rekod Semakan Buku Kerja Murid
3. KANDUNGAN FAIL C (DATA, ANALISIS, JPU)
SSS# Analisis Peperiksaan
SSS# Senarai Nama Murid
SSS# Data Status Celik Huruf
SSS# Jadual Penentu Ujian (JPU)
SSS# Lain-lain data yang berkaitan
4. KANDUNAGAN FAIL D (BANK SOALAN)
SSS# Soalan-soalan Sekolah
SSS# Soalan-soalan Luar (Bersama Kelompok Zon, PPD, JPN, dan Lain-lain)
5. KANDUNGAN FAIL E (PERSATUAN / KELAB)
SSS# Perlembagaan
SSS# Nama AJK
SSS# Rancangan Tahunan / Takwim
SSS# Rekod Pencapaian




